Liga S – Harimau Muda Kekalkan Rekod Tanpa Kalah

Liga S – Harimau Muda Kekalkan Rekod Tanpa Kalah. Selepas mengharungi 6 perlawanan, Harimau Muda tampak garang apabila masih mengekalkan rekod tanpa kalah. Empat kemenangan dan dua keputusan seri menempatkan Harimau Muda di tangga ke-2 Liga S.

Harimau Muda VS SAFFC

Perlawanan semalam menyaksikan pertemuan Harimau Muda menentang Singapore Armed Forces FC (SAFFC) di Stadium Choa Chu Kang yang berkesudahan kemenangan berpihak kepada Harimau Muda, 2 gol berbalas 1. Dua jaringan telah dihasilkan menerusi Wan Zack Haikal pada minit ke 69 dan Ahmad Hazwan 3 minit sebelum perlawanan tamat.

Video Harimau Muda VS Singapore Armed Forces FC (SAFFC)

Barisan pemain Harimau Muda semalam:

Harimau Muda: Izham Tarmizi, Shahrul Saad, Amer Saidin, Fadhli Shas, Fandi Othman, Azzizan Nordin (Ferris Danial 81′), Gary Robbat, Wan Zack Haikal, Syahrul Azwari (Nazmi Faiz 56′), Thamil Arasu (D. Saarvindran 86′), Ahmad Hazwan.

Kedudukan Terkini Liga S:

Kedudukan Terkini Harimau Muda di Liga S

1 thought on “Liga S – Harimau Muda Kekalkan Rekod Tanpa Kalah”

Leave a Comment