Lima lagu popular Afgan yang buat peminat tak boleh 'move on'

0
36

Terima Kasih Cinta, itu adalah antara lagu hit penyanyi popular Indonesia Afgan yang sehingga kini masih menjadi siulan peminat.

Mana tidaknya, alunan merdu suara Afgan dan juga melodi indah lagu berkenaan sememangnya menambat hati peminat yang mendengarnya.

Walaupun Afgan kerap mengadakan persembahan di Malaysia namun peminat akui tidak bosan dan rindu untuk mendengar suara penyanyi berlesung pipit itu secara ‘live’.

Atas permintaan peminat, Afgan bakal hadir ke Malaysia untuk mengadakan Konsert Terunggul Afgan & Ungu pada 6 Oktober depan.

Konsert yang dibawakan oleh Popcorn Studio ini akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.

Tiket konsert dijual dengan harga bermula pada RM130 sehingga RM350 dan boleh didapati di laman sesawang www.ticketpro.com.my.

Di sini kami kongsikan lima lagu popular Afgan yang buat peminat tak boleh move on.

Terima Kasih Cinta

 

Entah

 

Jodoh Pasti Bertemu

Bukan Cinta Biasa

 

Pesan Cinta

Foto: Instagram @afgansyah.reza
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here