Lima maut dalam insiden tembakan di California

0
21

CALIFORNIA: Sekurang-kurangnya lima maut, termasuk seorang lelaki yang disyaki penyerang dalam satu siri tembakan di beberapa lokasi di kawasan pedalaman Northern California, Amerika Syarikat pada Selasa.

Menurut kenyataan pihak berkuasa, salah satu lokasi yang menjadi sasaran penyerang termasuklah sekolah pra-sekolah.

Antara mangsa tembakan adalah dua pelajar sekolah.

Penyerang juga dipercayai mempunyai rekod jenayah melibatkan keganasan rumahtangga.

Seorang anggota polis turut dilaporkan terbunuh dalam insiden tembakan tersebut.

Sementara, tujuh lagi kanak-kanak yang cedera dikejarkan ke hospital.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here