Lima maut dalam keganasan anti-kerajaan

0
55
Advertisement

KINSHASA: Lima maut, puluhan lagi cedera dalam siri keganasan anti-kerajaan di Congo, yang tercetus gara-gara  tuntutan rakyat supaya Presiden Joseph Kabila berundur.

Korban yang dicatatkan melibatkan kawasan Kinshasa, namun tiada pengesahan sama ada ia turut melibatkan anggota polis. 

Pihak berkuasa keselamatan Congo terpaksa menggunakan gas pemedih mata dan tembakan untuk menyuraikan ribuan penunjuk perasaan.

Jurucakap Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu (PBB) memaklumkan sehingga kini 69 orang ditahan di seluruh negara.

Siri keganasan ini umpama ulangan apa yang berlaku 31 Disember lalu.

Polis menembak mati tujuh orang pada malam menjelang tahun baru, selepas perjanjian dimeterai untuk menetapkan tarikh pilihan raya baru, membebaskan tahanan politik dan mengurangkan ketegangan di negara Afrika tengah itu.

Mandat Kabila yang sepatutnya berakhir pada Disember 2016, bersetuju mengadakan pilihan raya pada penghujung 2017.

Namun Suruhanjaya Pilihanraya memaklumkan pengundian hanya boleh diadakan pada Disember 2018.

Pemerhati politik mendakwa Kabila sengaja menunda tarikh pilihan raya untuk mengekalkan kuasanya.

Pemerhati antarabangsa pula memberi amaran ketegangan politik bakal mengancam kestabilan negara berkenaan.

Kabila boleh mengekalkan kuasa sehingga pilihan raya akan datang.

Beliau bagaimanapun tidak boleh bertanding kerana perlembagaan menghadkan tempoh penggal presiden.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here