Lima suspek kes tembakan di Pattani ditahan

0
125
Advertisement

PATTANI: Pihak keselamatan Thailand menahan lima lelaki yang dipercayai terlibat dalam enam kes tembakan di wilayah selatan negara itu yang bergolak.

Dalam sidang media pada Jumaat, Ketua Tentera Task Force Pattani Mej Jen Jatuporn Kalampasut berkata kelima-lima lelaki terbabit mengaku terlibat dalam enam kes tembakan di Pattani pada 2010, 2011 dan 2012.

Turut hadir pada sidang media itu adalah tiga daripada lima lelaki terbabit yang memakai topeng serta dikawal ketat oleh anggota keselamatan Thailand.

Beliau berkata antara kes membabitkan kelima-lima lelaki itu adalah kejadian pada Mac 2010, melibatkan insiden tembakan dan pembakaran terhadap Apichart Saetual di Bandar Pattani serta kes tembakan di Pattani pada Julai dan kes tembakan terhadap seorang pegawai keselamatan berpangkat kolonel pada Oktober tahun sama.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here