Lima tabiat untuk usahawan berjaya

0
64
Advertisement

SINTOK: Mahasiswa di institusi pengajian tinggi perlu menguasai lima tabiat untuk meneruskan kerjaya sebagai usahawan berjaya pada abad ini.

Lima tabiat itu membabitkan disiplin, keyakinan diri, sanggup mengambil risiko, membuat perancangan dan berfikiran positif.

Pengerusi Jawatankuasa Focus Group Keusahawanan dan Koperasi Pulau Pinang, Datuk Muhammad Farid Saad berkata, penguasaan lima tabiat itu mampu memberi kekuatan kepada setiap usahawan selain faktor-faktor lain.

“Lebih besar risiko, lebih besar keuntungan. Keyakinan diri dan tahap disiplin yang tinggi mampu mencipta kejayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Coffee With CEDI @ Managers Coffee yang dianjurkan oleh Institut Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (CEDI) Universiti Utara Malaysia bagi memberi tip keusahawanan kepada mahasiswa.

Menurut Muhammad Farid, setiap perniagaan perlu dirancang dengan teliti dan mengikut masa yang ditetapkan untuk terus berjaya.

Katanya, para usahawan baharu atau lama perlu bersedia dan berfikiran positif ketika jatuh dalam perniagaan masing-masing.
______________________________________________________________________________________

* Laporan ini disediakan oleh Awani Rangers UUM Laila Omar dan Sofea Shahira

** Awani Rangers UUM ialah inisiatif kerjasama strategik Astro AWANI dan Universiti Utara Malaysia (UUM)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here