Linda Onn kongsi gambar anak

0
412
Advertisement
MENGAMBIL pendekatan serupa untuk tidak menyorokkan gambar anak, penyampai radio terkenal, Linda Onn, turut berkongsi gambar anaknya sejak beberapa hari lalu.

Menerusi akaun Instagram peribadinya, Linda, 41, berkongsi momen-momen istimewa bersama bayi perempuan yang hanya dikenali dengan initial UZ itu.

Rata-rata peminat memuji kecomelan anak Linda yang berdarah kacukan itu.

Bukan itu sahaja, Linda juga sempat mengimbau kembali momen sewaktu dia berada di hospital bersamping keluarga dan teman rapat.

Isteri kepada Ungku Azhar Ungku Muhammad Maznan, 38, selamat bersalin anak pertama pada 24 Februari lalu di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.- Foto Instagram Linda Onn
Isteri kepada Ungku Azhar Ungku Muhammad Maznan, 38, selamat bersalin anak pertama pada 24 Februari lalu di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Linda dan Ungku Azhar mendirikan rumah tangga 27 Disember 2013.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here