Lisa, Yusry dapat rezeki anak lelaki

0
68



Kuala Lumpur: Pelakon Lisa Surihani, 31, selamat melahirkan bayi lelaki di Pusat Perubatan Pantai, di sini, pagi semalam.

Suaminya, Yusry Abdul Halim, 44, yang juga pengarah, pelakon dan penyanyi popular berkata, bayi lelaki seberat 3.12 kilogram itu dilahirkan pada jam 7.10 pagi.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan Lisa serta bayi kami berada dalam keadaan baik,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurutnya, Lisa dan bayi mereka akan dibenarkan pulang hari ini.

“Menurut doktor, jika semuanya dalam keadaan baik, mereka dibenarkan pulang ke rumah hari ini, tetapi ia bergantung kepada keadaan kesihatan Lisa dan anak kami,” katanya.

Yusry berkata, Lisa akan menjalani tempoh berpantang di kediaman mereka.

“Saya juga bekerja dari rumah, jadi banyak masa untuk saya luangkan bersama mereka. Sama seperti ketika Lisa melahirkan anak sulung kami,” katanya.

Anak sulung mereka, Yahaira Leanne dilahirkan pada 15 September 2015.

Terdahulu, Yusry memuat naik gambar dia memegang bayinya itu di Instagram bagi berkongsi berita gembira itu dengan peminat.

Kelahiran itu menerima ucapan tahniah daripada ramai netizen yang terdiri daripada peminat.

Selain itu, beberapa artis tempatan dilihat berkongsi kegembiraan di ruangan komen antaranya Norman Hakim, Aeril Zafrel dan ramai lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here