Liverpool perlu menang trofi musim ini

0
175
Advertisement



LONDON: Liverpool akan lebih tertekan dengan jangkaan tinggi yang diletakkan untuk meraih trofi pada musim ini selepas berbelanja besar pada jendela perpindahan, kata pengurusnya, Jurgen Klopp.

Pengendali dari Jerman itu memasuki musim ketiganya bersama The Reds namun meskipun menunjukkan peningkatan, namun beliau masih gagal meraih sebarang trofi bersama pasukan itu.

“Anda betul dan orang akan menyatakan bahawa itu adalah langkah yang seterusnya. Kami perlu bersedia untuknya,” kata Klopp.

“Saya tahu mengenai jangkaan sebegitu dan ia adalah normal. Pada mulanya, kami perlu menunjukkan permainan yang memberi peluang kepada kami untuk menang.

“Kita tidak boleh berbicara mengenai memenangi sesuatu sebelum musim bermula.”

Liverpool memenangi gelaran terakhir liga pada musim 1989-90 dan trofi terakhir yang dirangkul mereka adalah Piala Liga 2011-12.

Klopp membawa masuk empat pemain baru iaitu penjaga gol dari AS Roma, Alisson, pemain tengah RB Leipzig, Naby Keita, pemain tengah Monaco, Fabinho dan juga pemain sayap Stoke City, Xherdan Shaqiri.

Justeru, beliau mengharapkan pemain baru itu dapat membantu pasukan menyesuaikan diri dengan corak permainan yang dimahukan dan yakin mampu memperbaiki rekod 12 seri yang dilakar dalam aksi liga musim lalu.

“Bukan saja kami perlu konsisten tetapi kami perlu mencipta situasi di mana kita boleh untuk sentiasa konsisten.

“Tiada siapa yang konsisten dengan 11 pemain. Apa yang sedang kami lakukan ialah memperbanyakkan pilihan pemain kerana itu yang diperlukan.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here