Liverpool sedia sambar Alisson

0
79
Advertisement



LIVERPOOL, England: Liverpool sudah membuat tawaran rekod dunia £62 juta (RM329.67 juta) untuk mendapatkan Alisson Becker dalam usaha menyelesaikan isu berpanjangan penjaga gol mereka.

Pengurus Liverpool, Juergen Klopp menyedari beliau mesti memberi perhatian terhadap posisi itu jika mahu kelabnya terus mencabar dan Alisson menjadi pemain yang sentiasa dimahukan bagi menggantikan Loris Karius.

Chelsea juga mahukan pemain kebangsaan Brazil yang beraksi pada Piala Dunia di Russia baru-baru ini namun Liverpool sedar masanya sudah tiba untuk melakukannya.

Tawaran itu, menurut sumber di Itali adalah sekitar £53 juta (RM281.82 juta) dengan tambahan £9 juta (RM47.86 juta).

Liverpool memiliki hubungan baik dengan AS Roma dan kali pertama menyatakan minat terhadap Alisson, Januari lalu.

Tawaran mereka mengatasi rekod ketika ini bagi penjaga gol, yang dicipta apabila Manchester City membayar £35 juta (RM281.8 juta) terhadap Ederson, rakan senegara pemain berusia 25 tahun itu pada musim panas lalu.

Bagaimanapun tawaran pertama itu tampak tidak cukup bagus untuk meyakinkan Monchi, pengarah sukan Roma untuk menjualnya.

Roma percaya mereka membenarkan Salah menyertai Liverpool dengan harga sederhana dan mereka pasti mahu sedikit bayaran tambahan.

Roma berdepan masalah selepas mereka dihukum kerana melanggar Financial Fair Play 2015, tetapi diselesaikan apabila menjual Radja Nainggolan kepada Inter Milan, bulan lalu. Mereka kini berdepan tekanan untuk menjual Alisson.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here