Lizzy dedah orang ketiga punca putus cinta

0
50


PENYANYI, Elizabeth Tan. – Foto Nurul Syazana Rose Razman

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Elizabeth Tan, tidak menafikan hubungan cintanya bersama ahli perniagaan putus sejak sebulan lalu disebabkan kehadiran orang ketiga.

Elizabeth atau lebih mesra dengan panggilan Lizzy menjelaskan, hubungan cinta selama empat bulan itu turut membuatkan beliau meminggirkan keluarganya.

“Saya sebak apabila bercerita mengenai isu ini kerana saya meminggirkan keluarga demi cinta, namun apa yang berlaku membuka mata saya. Syukur kerana keluarga menerima saya dengan tangan terbuka.

“Tempoh percintaan sepanjang empat bulan itu cukup mematangkan diri saya selepas kerap berdepan pelbagai cabaran. Saya tidak nafikan dia curang.

“Saya enggan dikaitkan lagi dengan dirinya atau mana-mana pihak. Buat masa ini, saya lebih selesa untuk memberi fokus pada kerjaya,” katanya BH Online.

Minggu lalu, program hiburan Melodi siaran TV3 menyiarkan cerita panas mengenai seorang aktres yang didakwa punca hubungan cinta Lizzy bersama ahli perniagaan putus.

Dalam perkembangan terkini, Lizzy sedang menjalani penggambaran drama bersiri My Darling Inspektor Daniel arahan Aziz M Osman.

“Saya mungkin aktif menyanyi selepas Aidilfitri nanti, namun buat masa ini saya lebih selesa menerima tawaran berlakon,” katanya yang terkenal dengan lagu Setia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here