Logo salah pada papan iklan negeri Selangor

Logo salah papan iklan Selangor

Kalimah Allah salah pada logo negeri Selangor

Terkejut dengan kalimah Allah yang dipaparkan pada logo kerajaan negeri Selangor yang diletakkan pada kedudukan yang salah. Kesalahan dalam pencetakan papan iklan Kempen 20 meter Air padu Percuma di Jalan Putra Permai itu  tidak seharusnya berlaku. Malah logo ini seperti disengajakan oleh pihak tertentu seterusnya mengundang kemarahan kepada penduduk terutama yang beragama Islam.

Kalimah Allah dalam tulisan Jawi itu sepatutnya berada pada kedudukan sebelah kiri selepas perkataan “dipelihara”, tetapi pada logo tersebut ia berada sebelah kanan kaki logo. Lebih menyedihkan, perkara tersebut hanya disedari penduduk tempatan selepas 3 bulan iklan itu dipasang.

Kes itu kemudiannya dibawa ke pejabat polis daerah Serdang dan disiasat di bawah Seksyen 298 A Kanun Keseksaan. Papan tanda itu kemudiannya diturunkan di Seri Kembangan serta di Puchong Perdana setelah dimaklumkan kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Leave a Comment