Loji nuklear Three Mile Island ditutup 2019

0
63


GAMBAR fail pada 15 Mac 2011 menunjukkan papan tanda loji jana kuasa nuklear Three Mile Island, di mana mengalami kemalangan nuklear paling serius pada tahun 1979, di Middletown, Pennsylvania, Amerika Syarikat. – Foto REUTERS

PENNSYLVANIA: Loji jana kuasa Three Mile Island di sini, akan ditutup sepenuhnya pada 2019, iaitu 40 tahun selepas tragedi nuklear terburuk dicatatkan dalam sejarah Amerika Syarikat.

Exelon Corp ketika mengumumkan keputusan itu berkata, loji jana kuasa yang terletak di Middletown, Pennsylvania itu akan ditutup pada 30 September 2019.

Menurut Exelon Corp, ketika ini kira-kira 675 pekerja berkhidmat dengan loji jana kuasa Three Mile Island itu.

Ia membekalkan tenaga elektrik kepada 800,000 kediaman, selain menyumbang sebanyak AS$1 juta (RM4.28 juta) cukai setiap tahun.

Sementara itu, kegagalan operasi loji jana kuasa itu pada 1979 mencetuskan kebimbangan orang ramai mengenai keselamatan di loji nuklear, sekali gus mendesak penguatkuasaan peraturan baharu bagi mengendali hal kecemasan di tapak nuklear.

Walaupun tiada kematian dicatatkan dalam insiden itu, kajian mendapati ia menjejaskan kesihatan kira-kira dua juta penduduk yang tinggal berhampiran loji berkenaan, yang terletak kira-kira 300 kilometer di barat bandar raya New York. – REUTERS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here