Lopetegui pengendali baru Real

0
10
Advertisement



JURULATIH Sepanyol, Julen Lopetegui akan menggantikan Zinedine Zidane sebagai pengendali Real Madrid, selepas berakhirnya kempen Piala Dunia 2018, umum kelab gergasi sepanyol itu dalam kenyataan sebentar tadi.

Lopetegui, yang kini mengendalikan skuad kebangsaan Sepanyol sejak dua musim lalu, diberi tugas mengemudi kelab juara itu untuk tiga musim akan datang.

Sebelum ini, Zidane mengumumkan meletak jawatan di Real sehari selepas membantu kelab menjulang trofi Liga Juara-Juara buat kali ketiga berturut-turut dengan menewaskan Liverpool di pentas final di Kiev.

Zidane memberi alasan sudah tiba masanya untuk melakukan perubahan buat dirinya serta kelab dan pada masa sama, beliau tidak pasti sama ada mampu mengulangi pencapaian penuh gemilang di Real.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Jun 2018 @ 11:38 PM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here