Lopetegui yakin Modric kekal

0
334
Advertisement



MADRID: Pengendali Real Madrid, Julen Lopetegui yakin pemain tengahnya, Luka Modric akan kekal bersama pasukan itu ketika timbul spekulasi mengaitkan pemain itu dengan perpindahan ke Inter Milan.

Beberapa laporan menyatakan Modric mengharapkan supaya pasukan itu dapat melepaskannya bagi membolehkan dia berhijrah ke Serie A.

Namun Presiden Real Madrid, Florentino Perez enggan melepaskan bintang itu dan mengumumkan kontrak pelepasan pemain itu adalah bernilai 750 juta Euro (RM3.5 bilion).

Nada sama turut dilontarkan Lopetegui yang menegaskan betapa dia percaya arkitek tengah itu akan terus kekal bersama mereka bagi mengharungi musim baharu.

“Presiden sudahpun bercakap mengenai perkara ini jadi tiada apa yang boleh saya katakan. Modric adalah pemain yang luar biasa. Dia akan teruja dengan apa yang akan kita lakukan di sini.

“Dia akan gembira berada di sini sama seperti sebelum ini. Saya tidak sangsi betapa dia akan kekal sebagai pemain Real Madrid.”

Menurut laporan media Sepanyol, Real Madrid dijangka akan menawarkan kenaikan gaji kepada Modric susulan persembahan memberangsangkan yang ditunjukkan olehnya pada aksi Piala Dunia sebelum ini.

“Kami boleh bertenang dan bergantung sepenuhnya kepada Modric,” kata pemain sayap, Lucas Vasquez.

“Saya yakin dia akan kekal namun anda tahu apa sahaja boleh terjadi dalam bola sepak. Saya mahu dia terus kekal di sini tetapi saya tidak tahu apa yang sedang difikirkan olenya.

“Tetapi presiden sendiri menyatakan bahawa dia bukan untuk dijual, jadi itu memberi kami keyakinan.”

– Agensi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here