Lotte Duty Free bakal buka cawangan kedua di Vietnam

0
12

SEOUL: Lotte Duty Free akan membuka outlet keduanya di lapangan terbang di tenggara bandar Nha Trang, Vietnam pada tahun depan, lapor agensi berita Yonhap.

Pengendali gedung membeli belah bebas cukai Korea Selatan itu, berkata pada Isnin pihaknya memperoleh hak eksklusif untuk menjalankan perniagaan di terminal baharu Lapangan Terbang Antarabangsa Cam Ranh sehingga 2018.

Cawangan itu, dijadual dibuka pada separuh pertama 2018, sejajar dengan siapnya terminal baharu, menurut syarikat berkenaan.

Lotte menjangkakan jualan 700 bilion won (US$644 juta) menerusi cawangan baharu itu dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Awal bulan ini, Lotte membuka satu lagi rangkaiannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Da Nang, menjadikan ia sebagai pengendali bebas cukai pertama Korea yang memasuki pasaran Asia Tenggara.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here