Louis C.K. digugurkan daripada sekuel 'The Secret Life Of Pets 2'

0
22

UNIVERSAL Picture dan Ilumination Entertainment bertindak menggugurkan Louis C.K. daripada sekuel The Secret Life Of Pets 2.

Ia susulan pengakuan pelakon komedi itu terhadap dakwaan seksual yang dilakukannya.

C.K. memegang watak utama Max dalam animasi berkenaan.

Pengguguran C.K. diumumkan Universal dan Illumination dalam kenyataan satu perenggan pada Jumaat.

Bagaimanapun, siapa yang bakal menggantikan C.K. tidak dinyatakan.

Sekuel berkenaan dijadual ditayangkan pada Jun 2019.

Filem pertamanya berjaya meraih kutipan kasar AS$875 juta di seluruh dunia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here