Lubnan bakal haramkan filem Wonder Woman

0
27


BEIRUT: Lubnan berkemungkinan mengharamkan tayangan filem Wonder Woman kerana watak utamanya dibintangi aktres Israel, Gal Gadot, membayangkan permusuhan dua negara jiran itu turut membabitkan budaya.

Pegawai keselamatan berkata, permohonan rasmi pengharaman itu belum diterima.

Larangan itu memerlukan cadangan enam anggota jawatankuasa Kementerian Ekonomi, proses yang belum dimulakan, kata pegawai berkenaan, yang enggan dikenali.

Tayangan perdana Wonder Woman dijadualkan esok di sekurang-kurangnya satu pawagam di Beirut.

Poster dan papan iklan digital filem berkenaan sudah banyak di sekitar ibu negara Lubnan itu.

Lubnan secara rasmi berperang dengan Israel dan sudah beberapa dekad melaksanakan undang-undang memulaukan produk Yahudi itu dan melarang rakyat Lubnan mengunjungi atau berhubung dengan Israel.

Kumpulan digelar Kempen Memulaukan Penyokong Israel-Lubnan meningkatkan usaha menentang tayangan filem berkenaan.

Di laman Facebook, kempen itu menjelaskan Gadot pernah menjadi anggota tentera Israel dan menyatakan sokongan terhadap dasar ketenteraan rejim itu di Semenanjung Gaza, wilayah Palestin yang ditadbir Hamas.

“Negara mengambil keputusan tepat. Kami kini menanti pelaksanaannya. Malah jika cuma ada sejam sebelum tayangan, ia perlu mengharamkannya,” kata anggota kempen itu, Samah Idris. – AP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here