Lucas Torreira ke Arsenal

0
117
Advertisement



ARSENAL melengkapkan perpindahan pemain tengah Uruguay, Lucas Torreira dari kelab Serie A Itali, Sampdoria, umum kelab Liga Perdana itu semalam.

“Penantian sudah berakhir…ini adalah #TimeForTorreira (masa untuk Torreira).

Selamat datang ke Arsenal,” kata kelab utara London itu di laman Twitter.

“Kami menandatangani Lucas Torreira, pemain muda yang cukup berbakat dalam sukan ini,” kata pengendali Arsenal Unai Emery di laman web https://www.arsenal.com/news/lucas-torreira-join-arsenal.

“Pemain tengah dengan kualiti hebat. Saya menikmati persembahannya untuk Sampdoria sepanjang dua musim lalu dan dia beraksi cemerlang untuk Uruguay di Piala Dunia.

“Dia pemain muda dengan pengalaman yang baik, tetapi masih mahu meningkatkan prestasinya. Kami mengalu-alukan Lucas ke Arsenal dan menyertai kami untuk pra-musim.”

Pemain 22 tahun itu beraksi dalam semua lima perlawanan Uruguay di Piala Dunia Russia, di mana kempen mereka terhenti di suku akhir selepas tewas 2-0 di tangan Perancis.

Torreira, yang membuat 71 penampilan bersama Sampdoria sejak menyertai kelab itu pada 2015, gembira dapat menyertai Arsenal.

“Saya rasa sangat gembira. Saya mahu memanfaatkan peluang yang hadir dalam hidup saya ini. Saya tidak sabar untuk memulakan cabaran baru,” kata Torreira.

“Saya tenang sekali. Saya sudah biasa menangani situasi sebegini dengan cara terbaik. Saya rasa amat selesa dan tidak sabar mengharungi cabaran ini.”

Arsenal tidak mendedahkan butiran lanjut kontrak tetapi seperti dilaporkan bulan lalu, yuran dipersetujui antara kedua-dua pihak sekitar 30 juta euro (RM141.9 juta).

Torreira akan menyarung jersi nombor 11 yang sebelum ini dipakai Mesut Ozil dan pemain Jerman itu kini bertukar ke nombor 10.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here