Lufya idam watak komedi

0
60


LUFYA Omar.

KUALA LUMPUR: Sering menghidupkan karektor wanita ‘rentan’, Lufya Omar teringin berlakon watak komedi pula.

Menyifatkan dirinya suka berlawak, Lufya yakin mampu menghidupkan humor dalam watak dibawa.

“Saya sering diberi watak serius. Sebagai contoh, dalam drama Umairah, watak saya sentiasa bergenang air mata dan penuh emosi.

“Saya menunggu karakter ringan atau drama berbentuk romantik komedi. Ramai yang tidak tahu saya sebenarnya kelakar,” katanya kepada BH Online.

Tambah Lufya, sejak Umaira ditayangkan melalui slot Samarinda TV3, Julai lalu, dia sering ditawarkan watak berat.

Walaupun bersikap terbuka dalam menimbang tawaran, Lufya mahukan kelainan dalam karier agar dirinya lebih versatil.

“Alhamdulillah, walaupun drama Umaira sudah lama tamat siarannya, namun sehingga kini, peminat masih bercakap mengenainya. Saya diberitahu, watak Umaira memberi impak kuat.

“Sejak itu, saya banyak ditawarkan watak beremosi. Bukannya tak mahu, tetapi saya inginkan perubahan dan kepelbagaian dalam kerja lakonan ini, barulah penonton tidak bosan,” katanya.

Sementara itu, Lufya berkata, selepas lama berehat sejak berkahwin dengan Che Muhammad Hafiz Che Baharom, November lalu, sudah tiba masanya dia kembali aktif.

“Banyak sangat berehat di rumah, sudah sampai masanya untuk saya bangun dan kembali sibuk di lokasi penggambaran. Terasa rindu dengan suasana di lokasi bersama kru produksi,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here