Lukaku 'terlalu besar' untuk pemain Brazil

0
349
Advertisement



LONDON: Romelu Lukaku mencuri tumpuan ketika berdepan Brazil, awal pagi tadi apabila membuktikan dia mampu menampilkan prestasi terbaik pada perlawanan besar dan persembahannya itu mendapat pujian Rio Ferdinand.

Lukaku muncul bintang tatkala Belgium merakamkan satu lagi kemenangan dramatik di Piala Dunia, dengan menewaskan Brazil 2-1 untuk menempah tiket ke separuh akhir.

Jaringan daripada Kevin de Bruyne dan gol sendiri Fernandinho mengesahkan kemenangan buat pasukan Eropah itu, namun sebenarnya dominasi fizikal Lukaku pada penghujung permainan yang merealisasikan kejayaan itu.

Menonton di studio BBC, bekas pemain profesional, Ferdinand hanya boleh menyifatkan persembahan Lukaku sebagai perlawanan peringkat sekolah yang mana ada seorang pemain terlalu hebat untuk lawan lain.

“Ia seperti perlawanan peringkat sekolah dan anda mempunyai pemain berusia 16 tahun menentang pemain berusia 11 tahun, dia terlalu besar untuk semua orang,” jelas Ferdinand.

“Dia sepatutnya tidak dibenarkan bermain dengan mereka!”

Pandangan Ferdinand itu dipersetujui seorang lagi pengkritik bola sepak, Alan Shearer yang merasakan tonggak Manchester United itu menampilkan persembahan sempurna sebagai penyerang.

“Saya sangat kagum dengannya. Pantas, kuat, fizikal, teknik, memastikan rakan sepasukan sentiasa kekal berada dalam perlawanan dan dia menjalankan tugas itu dengan baik walaupun awalnya dia diarahkan melakukan tugasan lain – bergerak ke sisi untuk membuka ruang kepada Eden Hazard dan De Bruyne.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here