Lupakan 'aksi pahit' di Euro 2016

0
222
Advertisement



REPINO, Russia: Eric Dier berkata, kemampuan England mara ke separuh akhir Piala Dunia berikutan perubahan yang dibuat selepas kekalahan memalukan kepada Iceland di Euro 2016.

Begitupun, pasukan itu masih belum berpuas hati dengan hanya mara ke separuh akhir di Russia dan mahu meraih kejayaan lebih gemilang.

Selain kejayaan di atas padang, skuad muda England menampilkan permainan bola sepak menarik, malah mereka langsung tidak terkesan dengan kegagalan terdahulu yang sering dimainkan peminat.

“Selepas Iceland kami tahu perkara perlu berubah,” kata Dier yang menjaringkan gol penalti terakhir England ketika melakar kemenangan ke atas Colombia di peringkat 16 terbaik.

“Berlaku banyak perubahan sejak itu (kekalahan kepada Iceland). Pada satu tahap kami terlalu kecewa dan kami tahu kami tidak boleh membiarkan ia berlaku sekali lagi.

“Kami hanya boleh membuktikannya di sini di Piala Dunia. Dua tahun adalah tempoh panjang, prosesnya adalah panjang sejak perkara itu. 

“Kami belajar daripada kesilapan kami, kami melakukan perkara dengan betul dan kami juga melihat bagaimana sokongan terhadap kami.”

Selepas perlawanan sengit yang diheret ke penentuan penalti dengan Colombia, England mara ke peringkat empat terbaik selepas menewaskan Sweden, Sabtu lalu.

Dier yang juga pemain pertahanan Tottenham berkata, England masih ‘bernafsu’ untuk mara lebih jauh dengan kemenangan ke atas Croatia, Rabu ini turut tidak boleh dianggap sebagai kejayaan.

“Ini belum lagi satu kejayaan. Kami semua lapar, kamu mahukan lebih lagi. Harapnya kami dapat menunjukkannya pada Rabu. Selepas Sweden, kami mengubah fokus kami bagi aksi seterusnya. Tiada sebarang rasa bersenang lenang.” – Reuters

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here