'Lupakan pencapaian lalu'

0
83



Ipoh: Semua enam pasukan menyuarakan nada keyakinan tinggi serta sudah bersedia untuk beraksi dalam perlawanan pembukaan Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-26 yang akan menyingkap tirainya di Ipoh, hari ini.

Juara bertahan, Australia, naib juara India, New Zealand, Great Britain, Jepun serta tuan rumah, Malaysia akan berentap dalam kejohanan lapan hari itu untuk merangkul gelaran kejohanan jemputan berkenaan.

Walaupun ia menjadi medan semua enam pasukan membentuk skuad sebelum menghadapi Liga Hoki Dunia, Julai nanti, tetapi ia tetap menjanjikan pertarungan hebat dan menarik.

Justeru, seperti yang ditegaskan ketua jurulatih Stephen Van Huizen, pencapaian dan rekod lalu tidak boleh dijadikan sandaran.

“Lupakan pencapaian lalu. Ini kejohanan lain,” kata Stephen merujuk kepada pertemuan Malaysia dengan Jepun, malam ini.

Sementara itu, kapten Mohamad Sukri Mutalib berkata, Jepun juga semakin menunjukkan peningkatan walaupun menduduki ranking di bawah Malaysia.

“Saya anggap peluang kita pada perlawanan ini 50-50. Jepun juga bukan calang-calang pasukan.

“Kami tidak boleh bersikap terlalu yakin dan memandang rendah pasukan negara matahari terbit itu,” katanya.

Apa yang diharapkan oleh kapten pasukan bergelar Malaysian Tigers itu ialah aksi mantap dan komitmen seratus peratus setiap anggota pasukan untuk memastikan impian memulakan kempen dengan nota kejayaan menjadi kenyataan malam ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here