'Maaf, saya tak perasan langsung'

0
497
Advertisement



“SAYA sudah pun mohon maaf. Jujur saya tak perasan langsung,” kata Ismail Izzani yang didakwa sombong oleh seorang jurugambar.

Kejadian dilaporkan berlaku apabila seorang jurugambar memanggil namanya untuk merakam gambar ketika penyanyi yang popular dengan lagu Sabar itu menjayakan persembahan di Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) yang berakhir minggu lalu.

Ditemui di belakang pentas program di Shah Alam, hari ini, Ismail berkata, bersamanya ada tiga lagi kakitangan pengurusan syarikat rakaman namun mereka juga berkata tidak mendengar namanya dipanggil jurugambar.

“Saya menghadiri KLFW bagi menjayakan persembahan dan pertunjukkan fesyen anjuran Rizman Ruzaini. Keadaan agak kalut. Dan sebaik saja acara selesai semua orang perlu beredar kerana ada acara pertunjukan fesyen lain akan dijalankan selepas itu,” katanya.

Jelasnya mungkin dalam situasi kalut itu jurugambar terbabit memanggilnya, namun tidak disedari semua orang termasuj dirinya.

Kata Ismail lagi, dia tidak marah apabila dakwaan itu dimuat naik jurugambar terbabit dilaman sosial miliknya, cuma tegasnya perasaan geram itu ada kerana tuduhan mengatakan dia sombong memang tidak ada dalam kamus hidup penyanyi muda itu.

“Tanyalah pihak yang pernah bekerjasama dengan saya. Saya tidak pernah bersikap sombong atau buat muka walaupun waktu itu saya kepenatan. Malah saya sebaik mungkin menimbulkan suasana ceria.

“Walaupun saya tidak ada mood ketika itu. Saya tetap berusaha mencari dan menimbulkan suasana ceria agar kerja menjadi mudah dan menyenangkan semua pihak,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here