'Maaf saya tak sengaja' – kanak kanak antara 15 yang cedera dirempuh kereta

0
18
Advertisement

“SAYA hilang kawalan dan bukannya sengaja nak rempuh.”

Itu jelas seorang lelaki yang ditahan selepas kereta yang dipandunya merempuh orang ramai di laluan siar kaki di pantai Copacabana, destinasi peranginan popular di Rio de Janeiro Brazil.

Insiden mengakibatkan sekurang-kurangnya 15 orang cedera.

Lelaki berkenaan yang ditahan pihak berkuasa memaklumkan dia tidak mabuk sebaliknya diserang sawan mengakibatkannya sukar mengawal kenderaannya

Insiden berlaku ketika kawasan berkenaan dipenuhi pengunjung yang menikmati suasana malam musim panas di pantai berkenaan.

Menurut salah seorang saksi, kereta berwarna hitam itu secara tiba tiba merempuh orang ramai sehingga ada antaranya yang terpelanting.

Katanya lagi sekurang-kurang kurangnya seorang daripada mangsa adalah kanak-kanak.

Polis tentera Brazil dalam kenyataannya memaklumkan tiada bukti bagi menyokong andaian kejadian itu satu serangan pengganas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here