Mabuk, Tiger Woods ditahan polis

0
33



FLORIDA: Bekas pemain golf nombor satu dunia dari Amerika Syarikat, Tiger Woods ditahan polis di South Florida semalam kerana didakwa memandu dalam keadaan mabuk.

Menurut polis, Woods ditahan sekitar jam 7 pagi Isnin.

Rekod atas talian oleh Balai Polis Daerah Palm Beach turut mengesahkan Woods ditahan polis di daerah itu.

Woods, 41, bagaimanapun dibebaskan 3 jam kemudian selepas didakwa memandu di bawah pengaruh alkohol.

Beliau bagaimanapun gagal dihubungi untuk ditemuramah.

Jaguh dunia 14 kali itu ketika ini terpaksa berehat daripada bertanding kerana sedang pulih daripada pembedahan yang dijalani baru-baru ini.

Ini bukan kali pertama kehidupan Woods mendapat perhatian.

Pada 2009 kehidupan peribadi beliau menjadi tumpuan selepas didakwa mengadakan hubungan dengan beberapa wanita lain. Skandal yang akhirnya berkesudahan dengan penceraian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here