Macam ada yang tak kena kalau tak nyanyi Ramalanku Benar Belaka – Zarul Umbrella

0
11

KUALA LUMPUR: Setiap kali menerima undangan nyanyian bagi persembahan korporat mahupun konsert, lagu ‘berhantu’ bertajuk Ramalanku Benar Belaka pasti dinanti-nantikan para hadirin.

Perkara itu diakui sendiri oleh pelantun lagu tersebut iaitu Zarul Umbrella atau nama sebenarnya Zarul Husin, 44 tahun.

“Tidak sah rasanya jika menghadiri mana-mana majlis korporat dan konsert tanpa mendendangkan lagu Ramalanku Benar Belaka,” ujarnya ketika dihubungi Astro AWANI.

Tambahnya, lagu itu mendapat tempat di hati peminat pada era tahun 90-an hingga kini. Malah, lagu yang mencecah usia 21 tahun itu digelar evergreen oleh peminatnya.

Penyanyi yang mendapat tempat ketiga pada Gegar Vaganza musim ketiga itu mempunyai playlist lagu tersendiri di aplikasi Raku iaitu ‘Zarul’s 50 Top Tracks’.

Antara lagu lain tersenarai dalam playlist itu adalah Despacito (Luis Fonsi dan Daddy Yanke), Yakin Aku (Firman dan Ayai), Menanti Janji (Ronnie Hussien) dan Akad (Payung Teduh).

Dalam perkembangan lain, Zarul berkata, dia tidak tergopoh untuk mengeluarkan single baharu selagi tidak menepati citarasa pendengar.

Untuk menikmati lagu-lagu lain dalam playlist ini, muat turun secara percuma aplikasi Raku di App Store, Playstore atau layari www.Raku.my.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here