Macam 'My Coffee Prince', janda terkejut teman lelaki rupanya wanita

0
51
Advertisement

REMUK hati dan keliru apabila mengetahui teman lelaki yang dikenali sejak enam bulan lalu merupakan seorang wanita.

Seperti satu babak dari drama popular ‘My Coffee Prince”, itulah situasi Wang Qi, 40 tahun dari wilayah Zhejiang, China yang kini mencari teman lelakinya (atau teman wanitanya) “Qian” yang telah melarikan diri.

Menurut portal Instabuzz.com, Wang Qi dan Qian berkenalan pada 2016 melalui internet.

Pada awalnya, Wang Qi tidak berminat menjadi teman wanita Qian kerana Qian jauh lebih muda daripadanya selain wanita itu juga memegang status ibu tunggal.

Bagaimanapun selepas didesak Qian, mereka memulakan hubungan pada Jun 2016 dan tinggal bersama tidak lama kemudian.

Setelah hampir setahun bersama, Qian tiba-tiba menghilangkan diri dan tidak menjawab emel dan mesej WeChat Wang.

Terdesak untuk mendapatkan jawapan, janda itu membelanjakan kira-kira 300,000 yuan (RM184,000) untuk mencari Qian.

Hasilnya mengejutkan, apabila Wang menjumpai kad pengenalan Qian yang menyatakan jantinanya sebagai wanita.

Apabila melihat kembali hubungan mereka, Wang Qi mendapat jawapan bagi beberapa soalan termasuk sebab mereka tidak melakukan hubungan seks sepanjang perkenalan mereka.

Apabila ditanya suatu masa dahulu, Qian berkata bahawa dia ingin menunggu sehingga selepas berkahwin untuk ‘bersama’.

Patah hati dan kecewa, Wang berkata Qian tidak kelihatan seperti seorang perempuan kerana dia sentiasa menggunakan tandas lelaki dan mempunyai sosok tubuh menyerupai lelaki.

Menurut ayah Qian, Qian merupakan anak perempuan tunggal keluarga dan suka memakai pakaian lelaki.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here