Macam Three Lions 1966 – Hurst

0
33
Advertisement



LONDON: Wira England yang meledak hatrik di Piala Dunia 1966, Geoff Hurst optimis pasukan muda The Three Lions kendalian Gareth Southgate mampu menyamai pencapaian skuad Alf Ramsey untuk menjulang Piala Dunia .

Bekas pemain berusia 76 tahun terbabit yang meledak hatrik ketika membantu England menewaskan Jerman Barat 4-2 dalam aksi berlanjutan ke masa tambahan pada final di Wembley berkata, Southgate menggalakkan semangat kerjasama yang tinggi dalam pasukan.

England akan menentang Croatia pada separuh akhir di Moscow pada awal pagi Khamis bagi memburu tiket final menentang Perancis atau Belgium.

“Seperti Sir Alf, beliau turut menaruh keyakinan kepada pemainnya dan corak permainannya sangat jelas,” kata Hurst.

“Mungkin satu perbezaan besar, kami mempunyai empat pemain berkelas dunia dalam skuad iaitu Gordon Banks, Bobby Moore, Bobby Charlton dan Jimmy Greaves (tidak beraksi di final).

“Skuad kali ini tidak mempunyai pemain seperti itu, tahap mereka sama. Mungkin kerana mereka masih muda dan memberi keutamaan kepada karier.”

Hurst menjelaskan Ramsey mendapat pujian kerana mencetuskan semangat berpasukan yang tinggi.

“Keakraban kami amat baik,” katanya. “Gareth melakukan tindakan yang sama”.

Tambah Hurst, baki tiga pasukan di Russia tidak seharusnya mencetuskan kegerunan kepada England.

“Hanya Brazil, pasukan yang saya gerun,” katanya. Jika anda tanya sebelum kejohanan, saya sudah cukup gembira dengan skuad muda ini mara ke suku akhir.

“Namun berdasarkan situasi semasa, tanpa ragu kita mampu melangkah dan menjulang kejuaraan.”

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here