Macron dakwa 'belum raih sebarang kemenangan'

0
73


EMMANUEL Macron. – Foto AFP

PARIS: Pendahulu pilihan raya presiden Perancis, Emmanuel Macron menafikan dakwaan bahawa beliau ‘sedang berehat’ selepas memenangi pusingan pertama pengundian pada 23 April lalu.

Sebaliknya, Macron menegaskan ‘setakat ini tiada kemenangan berjaya diraih’ dalam pertandingan menentang calon pelampau haluan kanan, Marine Le Pen.

Calon haluan sederhana berusia 39 tahun itu berkata, kemenangannya dalam pusingan pertama pilihan raya itu membuktikan bahawa tinjauan pendapat yang meletakkannya di kedudukan kedua selepas Le Pen sebelum ini, adalah tidak tepat.

“Tiada kemenangan berjaya dicapai setakat ini. Saya akan teruskan perjuangan selama dua minggu lagi.

“Saya akan mempertahankan kem progresif hingga ke akhirnya,” katanya ketika melawat sebuah hospital di Paris, semalam.

Bekas pegawai bank itu berusaha untuk menjadi presiden termuda dalam sejarah Perancis.

Terdahulu, Presiden Francois Hollande dilaporkan mengeluarkan amaran kepada bekas Menteri Ekonominya itu kerana dilihat tidak berkempen bagi menentang Le Pen sejak dua hari kebelakangan ini. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here