Macron hadiahkan kuda kepada Presiden China

0
92
Advertisement

BEIJING: Kehadiran Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan isteri, Brigitte di Beijing disambut mesra rakan sejawatnya, Presiden China, Xi Jin Ping hari ini.

Lawatan kerja Macron ke negara tembok besar itu terarah kepada mencapai selain mengukuhkan hubungan dinamik eksport kedua-dua negara.

Perancis dan China dijangka bakal mengumumkan dana pelaburan Franco-China lebih dari AS$1.2 bilion. Pada masa sama, Macron mahu menarik perhatian dan pengaruh besar China mengenai isu Perjanjian Iklim Paris 2015.

Dalam perkembangan lain, istimewanya kunjungan Macron ke China turut mendapat perhatian media antarabangsa.

Mana tidaknya, Macron menghadiahkan Vésuve de Brekka (Vesuvius) seekor kuda elit berumur 8 tahun kepada Xi.

Pemberian kuda bewarna perang gelap itu datang dari minat dan keterujaan yang ditonjolkan Xi ketika lawatan terakhirnya ke Perancis pada 2014.

Vesuvius diterbangkan khas menggunakan pesawat istimewa yang ditemani pegawai veterinar dan beberapa pegawai tertinggi pada 4 Januari lepas, empat hari sebelum Macron tiba di China.

Xi ketika itu menyuarakan kekagumannya kepada 104 penunggang kuda yang mengawal setiap gerak gerinya sejurus tiba di Perancis.

Bagaimanapun, hadiah itu juga merupakan simbolik ‘diplomasi panda’ iaitu panda Meng Meng dan Jiao Qing yang pernah diberikan Xi kepada Perancis pada November 2017.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here