Madrasah tahfiz turut sedih atas pemergian Mohamad Thaqif

0
88



KOTA TINGGI: Madrasah tahfiz tempat Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohamad Ghaddafi belajar turut bersedih atas pemergian pelajar berkenaan.

Pengetuanya Afdhaluddin Ismail berkata berita sedih itu diberitahu sendiri oleh ayah Mohamad Thaqif.

“Kami baru usai mengadakan majlis bacaan yassin dan tahlil bersama seluruh warga madrasah.

“Dengan perasaan yang sangat sayu dan hiba, mewakili penasihat, pemegang amanah, ahli lembaga jemaah pengurusan, ahli muafakat ibu bapa madrasah, kakitangan dan para guru serta pelajar madrasah, saya mengucapkan takziah di atas musibah ini.

“Tentunya doa kami mengiringi pemergian Mohamad Thaqif. Insya-Allah, semua anak madrasah akan bersama hadir untuk solat jenazah di Felda Bukit Aping Timur,” katanya dalam satu kenyataan lewat Rabu.

Beliau turut mendoakan agar ayah bonda Allahyarham diberi kekuatan untuk menerima pemergian kanak-kanak tersebut.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here