MaGIC masih kekal beroperasi – CEO

0
546
Advertisement

KUALA LUMPUR: Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) memaklumkan, agensi itu masih kekal beroperasi meskipun telah diumumkan pembubarannya oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MaGIC, Ashran Ghazi berkata, buat masa ini perniagaan mereka berjalan seperti biasa dan mereka tetap komited dalam usaha untuk membantu usahawan.

“Saya tahu anda mungkin telah baca banyak laporan mengenai pembubaran MaGIC, namun berdasarkan komunikasi kami dengan pihak berkepentingan, pada masa ini operasi kami masih berjalan seperti biasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, Dr Mahathir mengumumkan pembubaraan beberapa agensi dan institusi berkaitan kerajaan bagi tujuan mengurangkan perbelanjaan negara.

BACA: SPAD dibubarkan, tugas dikembalikan ke Kementerian Pengangkutan – Tun M

Antara yang akan dibubarkan ialah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Majlis Profesor Negara (MPN), dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), MaGIC dan Majlis Profesor Negara (MPN).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here