Mahadzir Lokman semakin pulih, mampu jalani rawatan fisio ringan

0
38

KUALA LUMPUR: Keadaan kesihatan Datuk Mahadzir Lokman, semakin baik apabila tidak lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.

Menurut adiknya, Danial, pengacara terkenal itu sudah sedar sepenuhnya dan mampu berbual, namun masih berada di bawah pengawasan rapi doktor.

“Jika keadaan ini berterusan dan semakin stabil, beliau akan dipindahkan ke wad biasa tidak lama lagi.

“Terima kasih di atas doa anda semua,” kata Danial menerusi satu kenyataan kepada media.

Katanya, Mahadzir juga sudah mampu menjalani rawatan fisioterapi ringan, biarpun masih sedikit lemah.

Semalam, Danial memberitahu, keadaan kesihatan Mahadzir semakin menampakkan perkembangan positif apabila beliau sudah mula sedar dari koma. 

Mahadzir dikejarkan ke PPUM sekitar jam 10 pagi Ahad (24 Sept) selepas tidak sedarkan diri di kediamannya awal minggu ini.

BACA: Mahadzir Lokman masih kritikal tetapi stabil – jurucakap keluarga

BACA: ‘Sudahlah sedih, kena balas mesej takziah pula’ – adik Mahadzir Lokman

BACA: Mahadzir Lokman stabil, henti sebar khabar angin – Dr Noor Hisham

Difahamkan Mahadzir berada di Jakarta, Indonesia, beberapa hari sebelum itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here