MAHB akan kekal sebagai penggendali di ISG – Badlisham

0
7

ISTANBUL: Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) mahu terus mengekalkan kepentingannya sebagai penggendali Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen (ISG), walaupun dalam proses mencari rakan kongsi atau pelabur baharu di lapangan terbang berkenaan.

Pengarah Urusan MAHB Datuk Badlisham Ghazali berkata syarikatnya yang memiliki penuh kepentingan di ISG tidak tertekan untuk menjual kepentingan ISG, buat masa ini.

“Kami telah menguruskan ISG bersendirian sejak dua tahun lalu, dan berdepan pelbagai cabaran dan sekarang keadaan kelihatan sangat baik untuk ISG.

“Anda sudah melihat rancangan pembangunan kami di sini, dengan pembinaan landasan kedua dan balai pelepasan, ini adalah usaha kami untuk membawa masuk lebih banyak syarikat penerbangan dan penumpang, sekali gus mengembangkan lagi perniagaan,” kata Badlisham kepada pemberita di sini, pada Selasa.

Namun, Badlisham turut mengakui kebaikan, untuk kerjasama dan rakan kongsi atau pelabur baharu yang mampu meningkatkan nilai perniagaan MAHB.

“Kami juga sangat proaktif untuk mencari rakan kongsi yang mampu meningkatkan nilai perniagaan kami di ISG. Pintu kami sentiasa terbuka untuk menerima cadangan atau perbincangan dengan rakan kongsi yang berpotensi.

“Jika saya berkata ia hanya melibatkan kepentingan kewangan sahaja, ia mudah. Tetapi kami adalah penggendali lapangan terbang dan kami mahu rakan kongsi yang mampu menambah nilai bukan sahaja kepada aset di sini, tetapi juga aset lain,” katanya.

Bagaimanpun, Badlisham menekankan kuantum pegangan antara MAHB dan mana-mana rakan kongsi bergantung kepada nilai yang di bawa oleh syarikat rakan kongsi.

“Komitment kami adalah untuk kekal menjadi penggenadali utama untuk ISG. Dari segi konteks lain, sebelum ini kami pernah memegang 20 peratus kepentingan di ISG, tetapi kami tetapi adalah penggenali lapangan terbang ini.

“Kini, kami memegang penuh kepentingan di sini, dan kami mempunyai pelbagai rancangan masa depan. Ini termasuk pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif terbaharu, Ersel Goral.

“Kami mahu memberi masa kepada pimpinan baru Ersel Goral untuk melaksanakan rancangan pembangunan dan saya harap kerajaan Turki dalam melihat nilai dan usaha yang dilakukan. Ini fokus kami,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif baharu itu berkata pembangunan infrastruktur di ISG mampu meningkatkan kapasiti sehingga 65 juta penumpang menjelang tahun 2022.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here