MAHB akan tambah 15 unit SBD di KLIA2

0
198
Advertisement

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan menambah lagi 15 unit kemudahan daftar masuk bagasi sendiri (SBD) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) menjelang hujung tahun ini.

Langkah itu dibuat selepas menerima maklum balas positif daripada orang ramai mengenai pemasangan kumpulan pertama 15 unit SBD pada awal tahun ini.

“Pelaksanaan SBD adalah sebahagian daripada inisiatif Airport 4.0 kami yang bertujuan untuk meningkatkan pengalaman penumpang melalui teknologi dan pendigitalan.

“Yang mana akhirnya, kayu pengukur kejayaan yang sebenar adalah kepuasan penumpang itu sendiri,” kata pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Raja Azmi Raja Nazuddin dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dalam tempoh tiga bulan pertama pelaksanaannya pada Mac 2018, hampir 8,000 daripada 24,000 penerbangan yang berlepas dari klia2 telah menggunakan kemudahan tersebut, ini mewakili kira-kira 30 peratus daripada pergerakan trafik penumpang.

Kaunter SBD sekarang memproses sehingga 5,000 beg setiap hari. — Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here