MAHB sangkal dakwaan AirAsia berhubung pertumbuhan negatif

0
203
Advertisement

KUALA LUMPUR: Malaysian Airports Holdings Bhd (MAHB) berkata, AirAsia memilih untuk mengambil kenyataan MAHB sebelum ini di luar konteks dengan mengatakan pengendali lapangan terbang itu menjadikan pertumbuhan negatif sebab syarikat penerbangan itu berpindah ke Terminal 1 (T1) Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Dalam satu kenyataan, MAHB berkata, hasratnya adalah untuk menyangkal dakwaan AirAsia mengalami pertumbuhan mendatar sejak berpindah ke T1.

“Data jelas menunjukkan bahawa selepas penyatuan operasi, terdapat pertumbuhan trafik yang besar di KKIA secara keseluruhan, begitu juga kepada kumpulan AirAsia, justeru menyumbang kepada peningkatan trafik pelancong untuk Sabah,” terang MAHB.

Berhubung insentif yang dibayar, MAHB berkata, beberapa program insentif dari 2002 ke 2009 adalah eksklusif kepada AirAsia.

“Insentif eksklusif itu terutamanya adalah untuk trafik domestik bagi menyokong pertumbuhan perjalanan kos rendah yang belum dijual pada masa itu.

“Selepas itu, program insentif seperti Program Pemulihan Syarikat Penerbangan dan Program Insentif Syarikat Penerbangan 1, 11 dan 111 kemudiannya ditawarkan kepada syarikat penerbangan lain selepas tahun 2009,” kata MAHB.

Syarikat penerbangan tambang murah itu dibayar RM376 juta dalam bentuk insentif sehingga kini, atau 44 peratus daripada jumlah keseluruhan insentif dibayar kepada semua syarikat penerbangan, menjadikannya penerima manfaat terbesar, kata MAHB.

Pada Rabu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat, berkata AirAsia bersedia membiayai kos pengubahsuaian Terminal 2 KKIA yang mana dakwanya MAHB mengabaikan untuk diselenggara atau menaik taraf apabila MAHB memutuskan untuk memindahkan AirAsia ke T1.

BACA: Kerajaan kaji cadangan AirAsia pindah operasi ke Terminal 2 KKIA

BACA: Ini pesanan AirAsia kepada MAHB 

BACA: MAHB peruntuk RM17 juta untuk KKIA

Sementara itu dalam kenyataan berasingan hari ini, Riad berkata, tiada layanan istimewa diberikan kepada AirAsia terhadap tiga skim insentif berkenaan (ARP, Program Insentif Syarikat Penerbangan (1) dan Program Insentif Syarikat Penerbangan (11), kerana ia juga ditawarkan kepada semua syarikat penerbangan, bukan sahaja AirAsia.

“Kami hanya memanfaatkan insentif disediakan dengan sebaik-baiknya,” katanya.

“Sebagai pulangan, Riad berkata, AirAsia sejak memulakan operasi pada 2001, menyumbang sekurang-kurangnya RM3.5 bilion perolehan kepada MAHB dalam bentuk bayaran aeronautik – pendaratan, parkir, aerobridge, kaunter daftar masuk, Bayaran Perkhidmatan Penumpang dan Bayaran Perkhidmatan Keselamatan Penumpang

“Apa-apa pertumbuhan yang dinikmati AirAsia menyumbang secara terus kepada kantung MAHB. Bagi setiap RM1 insentif yang kami terima, kami pulangkan sekurang-kurangnya RM9.33 kepada MAHB – dan ini hanya dari segi sumbangan langsung.

“Jika kita melihat kepada sumbangan tidak langsung daripada sektor runcit, makanan dan minuman serta perolehan bebas cukai yang MAHB peroleh daripada penumpang kami, ia adalah tambahan RM44.39 bagi setiap RM1 insentif, hanya untuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) sahaja pada 2017,” katanya

Riad tidak menafikan peranan MAHB terhadap kejayaan awal AirAsia. Bagaimanapun jelasnya, MAHB melepaskan banyak kerjanya yang baik.

“Malaysia adalah negara pertama di Asia yang mempunyai terminal LCC. Sekarang ini tiada lagi. Sementara itu di bahagian lain di dunia terus bergerak ke arah terminal LCC – Tokyo Narita, Osaka Kansai dan Frankfurt yang mana kesemuanya sedar akan keperluan infrastruktur khas untuk penerbangan tambang murah.

“Seiring masa, kami berharap MAHB akan mencapai kesedaran yang sama supaya kita bersama boleh menjadikan Malaysia ‘Dubai of Asia’,” tambah Riad.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here