Mahkamah Peru tolak pembebasan Fujimori

0
13


BEKAS Presiden Alberto Fujimori

LIMA: Mahkamah Peru menolak permohonan keluarga bekas Presiden Alberto Fujimori untuk membebaskannya daripada hukuman penjara atas kesalahan pelanggaran hak asasi manusia dan rasuah.

Penganalisis berkata, mahkamah mengumumkan keputusan itu menerusi laman sosial dan keluarganya boleh mengemukakan rayuan, namun peluang pembebasan Fujimori dilihat semakin tipis.

Fujimori yang menjadi Presiden Peru sejak 1990 hingga 2000, berdepan hukuman penjara 25 tahun atas tuduhan melanggar hak asasi manusia dan rasuah membabitkan projek perumahan ibu pejabat polis di kawasan pinggir bandar Lima.

Bekas presiden berusia 78 tahun itu kini berdepan masalah kesihatan dan kerap berulang-alik ke hospital.

Anaknya, Keijo Fujimori yang ketika ini mengetuai Parti Fuerza Popular dan mempunyai hubungan baik dengan badan perundangan sudah lama berkempen untuk membebaskan beliau.

Bulan lalu, Presiden Pedro Pablo Kuczynski mencadangkan untuk memberikan pengampunan kepada bekas pemimpin itu tetapi menolak sebarang perjanjian dengan parti itu yang kini menguasai Kongres.

Sementara itu, pada Mei lalu badan perundangan berusaha untuk meluluskan undang-undang bagi membenarkan banduan berusia seperti Fujimori menjadi tahanan di rumah, sebaik sahaja mencecah usia 75 tahun, tetapi usaha itu tidak diteruskan. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here