Majlis Penasihat panggil KWSP, Khazanah hari ini

0
425
Advertisement

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) menjadi antara institusi kewangan negara yang ditemui Majlis Penasihat Kerajaan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan dan Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar dilihat tiba di Menara Ilham masing-masing pada jam 10pagi dan 10.30 pagi tadi.

Majlis yang dipengerusikan bekas Menteri Kewangan, Tan Sri Daim Zainuddin itu turut dijadual bertemu wakil dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia hari ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Datuk Seri Subromaniam Tholasy turut dilihat tiba sekitar jam 11.53 pagi.

Ia juga mesyuarat pertama yang dihadiri ahli perniagaan Tan Sri Robert Kuok yang tiba di Malaysia dari Hong Kong semalam.

Majlis Penasihat Kerajaan sebelum ini telah mengadakan pertemuan dengan beberapa institusi utama negara termasuk Felda, Felcra dan Petronas.

Turut ditemui adalah beberapa syarikat berkaitan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan seperti Presiden Persatuan Pengedar Petrol Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here