'Majlis pernikahan saya bak impian jadi kenyataan!' – Yuna

0
30
Advertisement
PUTRAJAYA: “Sudah lama impikan majlis pernikahan yang bertemakan ‘garden wedding’ dan semalam impian saya menjadi kenyaatan!” ini yang diluahkan oleh pengantin baru, Yuna.

Yuna dalam satu sidang media hari ini berkata, beliau gembira dengan dekorasi yang bertemakan taman pada majlis pernikahannya.

“Tema taman itu dilihat sebagai satu tema yang sukar untuk dilakukan di negara ini, tetapi kami berani mengambil risiko itu.

BACA: Yuna dan Adam selamat bernikah di Bentong, Pahang “Ramai yang menentang idea tersebut termasuk ahli keluarga saya, tetapi Alhamdulillah, majlis tersebut berjalan lancar,” ujarnya.

 Majlis pernikahan Yuna dan Adam yang bertemakan 'garden wedding' di Puncak Rimba, Bentong. - Kredit foto: WeddingsbyQay

Dalam pada itu, penyanyi terkenal itu turut mengesahkan akan terus menetap di Los Angeles untuk urusan kerja walaupun selepas bernikah dengan pilihan hatinya, Adam Sinclair.

Yuna berkata walaupun sudah mengahwini Adam, mereka akan meneruskan kerjaya sama ada di tanah air mahupun di Los Angeles.

“Adam dan saya akan ulang-alik antara Kuala Lumpur dan Los Angeles ikut kepada kerja masing-masing.

“Saya sudah menetap di Los Angeles selama hampir 8 tahun. Jadi kami mungkin akan ulang alik memandangkan keluarga saya di tanah air dan Adam yang mungkin ada kerja di sini (Malaysia).

“Sudah tentu saya mahu sentiasa berada di sisi Adam, kami akan mengambil ini sebagai cabaran untuk imbangkan perkahwinan dan karier,” katanya semasa sidang media khas sempena pernikahan mereka di sini, hari ini.

Pada Jumaat, Yuna, atau nama sebenarnya, Yunalis Mat Zara’ai selamat diijab kabul dengan Adam atau nama penuh, Adam Yousof Mohamed Sinclair dengan sekali lafaz di Puncak Rimba, Bentong.

BACA: Adam dan Yuna bernikah hari ini?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here