Makan makanan berkualiti, Trump ulangi, saya seorang genius

0
19
Advertisement

LONDON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mendakwa dirinya sebagai genius dan mengambil makanan berkualiti tinggi.

Trump berkata demikian ketika program wawancara oleh rangkaian televisyen British, ITV.

Ketika wawancara itu, Trump turut ditanya mengenai pengambilan makanan segera seperti burger dan minuman berkarbonat.

“Saya mengambil makanan terpilih daripada tukang masak terbaik dunia. Saya mengambil makanan sihat dan kadang kala menikmati makanan segera. Saya memiliki tabiat pemakanan yang bagus,” katanya.

Beliau juga katanya, sedia mempertimbangkan keputusan untuk menetap di Paris tetapi lebih mengutamakan negaranya, Amerika Syarikat.

Trump turut mendedahkan adakalanya beliau melayari Twitter ketika berada di atas katil.

“Umumnya, saya melayari Twitter pada awal pagi atau pada waktu malam… saya amat sibuk pada waktu siang,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here