Makanan menyatukan anak muda ASEAN – Kajian WEF

0
19

KUALA LUMPUR: Mungkin wujud perbagai perbezaan dalam negara-negara ASEAN. Ia mungkin perbezaan bahasa, budaya, agama dan latar belakang.

Tetapi kajian oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) menyatakan disebalik perbezaan, warga ASEAN dapat bersatu melalui makanan.

Kajian yang dijalankan Kumpulan Strategi Serantau ASEAN WEF mendapati, anak-anak muda di Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam mengemari masakan Melayu, selain makanan tempatan masing-masing.

Sementara anak-anak muda Malaysia pula mengemari makanan Thailand, Indonesia dan Singapura.

Kajian ini melibatkan 23,786 anak muda dari enam negara ASEAN.

Ia juga mendapati 70 peratus anak muda menyatakan mereka adalah sebahagian komuniti ASEAN.

Sementara itu, Singapura menduduki tempat pertama negara yang paling dikagumi kalangan anak muda ASEAN. Ia diikuti Thailand dan Vietnam.

Kajian juga menunjukkan 88 peratus responden mengunakan internet untuk tujuan hiburan dan permainan.

Bagaimanapun hanya 19 peratus responden yang mengunakan Internet untuk perbankan online dan 20 peratus untuk e-dagang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here