Malang bertimpa: Weinstein disaman lagi – TMZ

0
17

THE Weinstein Company (TWC) sekali lagi disaman, tetapi kali ini bukan untuk gangguan seksual.

Isteri kepada penulis novel, “The Amityville Horror” dilaporkan menyaman Harvey Weinstein, Bob Weinstein serta TWC dengan mendakwa bahawa TWC meniru hasil kerja suaminya yang telah meninggal dunia untuk menghasilkan filem itu.

Lesia Anson berkata sekuel 2017 itu ditiru bulat-bulat daripada novel dan versi filem 1979 yang kedua-duanya hasil ciptaan suaminya.

Kata Lesia, TWC tidak meminta sebarang kebenaran daripadanya untuk menggunakan hasil kerja suaminya.

Tambahnya, sekuel 2017 “Amityville: The Awakening” menerima ulasan yang tidak memuaskan seperti dilaporkan laman web hiburan TMZ.

Ia dilaporkan menjadi filem yang mengalami minggu pembukaan yang teruk dengan hanya menjana AS$742 dari sepuluh pawagam.

Filem Amityville: The Awakening ditayangkan di pawagam hujung Oktober lepas di tengah-tengah  kehangatan dakwaan skandal seks oleh Harvey Weinstein.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here