Malaysia Airlines dapat pensijilan IOSA

0
104
Advertisement

SEPANG: Malaysia Airlines telah menerima sijil Audit Keselamatan Operasi (IOSA) daripada Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Dalam satu kenyataan pada Rabu, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Peter Bellew berkata syarikat penerbangan itu telah berjaya menjalani pemeriksaan rapi oleh pihak juruaudit keselamatan pertubuhan dunia berkenaan.

“Kami sudah mendapat pensijilan IOSA sejak 2005 dan mengekalkan tahap keselamatan ini sebagai teras kewujudan syarikat ini.

“Ia merupakan perjalanan tanpa henti dengan keazaman penuh bagi memastikan keselamatan selain mewujudkan persekitaran operasi bagi pelanggan, kakitangan dan pihak yang berkepentingan,” katanya.

Program IOSA IATA diiktiraf di peringkat antarabangsa dan membabitkan sistem penilaian yang direka untuk menilai pengurusan operasi dan sistem kawalan sesebuah syarikat penerbangan sehinggakan turut dijadikan penanda aras pengurusan keselamatan penerbangan global.

Ia membabitkan aspek audit yang rapi dan penelitian terperinci termasuk operasi penerbangan, keselamatan pengoperasian, operasi kargo, operasi kabin dan kargo, kejuruteraan dan penyenggaraan pesawat, kawalan operasi dan pelepasan penerbangan serta organisasi korporat dan pengurusan.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here