Malaysia Airlines keluarkan video kempen Hospitaliti Malaysia

0
73
Advertisement

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines mengeluarkan video Kempen Hospitaliti Malaysia semalam di YouTube, Facebook, Twitter dan WeiBo bersempena  kempen jenama baharunya.

Kempen itu juga akan dibuat melalui iklan digital luaran termasuk media cetak di seluruh Malaysia.

Video berdurasi 1:42 saat itu menampilkan sifat-sifat hospitaliti Malaysia dan layanan daripada Malaysia Airlines sebagai sebuah syarikat penerbangan nasional.

“Sebagai sebuah negara, kami amat peramah, mesra, hangat dan tulen. Nilai-nilai tersebut adalah sesuatu yang kami, sebagai syarikat penerbangan nasional, berasa bangga untuk membawanya kepada dunia bagi seluruh rakyat Malaysia.

“Perjalanan dengan Malaysia Airlines adalah bagi menikmati yang terbaik dari Malaysia, memandangkan layanan mesra Malaysia bermula dengan kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Izham Ismail dalam satu kenyataan.

Bertemakan, “Hospitaliti Malaysia Bermula Dengan Kami”, kempen itu merangkumi semua aspek pengalaman pelanggan dalam produk dan perkhidmatannya, termasuk dalam pelbagai inovasi digital, pada badan pesawat dan pengenalan Menu Terbaik Malaysia di dalam kabin.

Sempena kempen tersebut, Malaysia Airlines akan melancarkan jualan promosi khas “Tawaran MH”, mulai 15 Mei hingga 8 Jun, untuk perjalanan serta-merta sehingga 15 Jun 2018, meliputi destinasi terpilih.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here