Malaysia Airlines tawar potongan harga sehingga 40 peratus

0
175
Advertisement

KUALA LUMPUR: Grand Travel Deals Malaysia Airlines Bhd menawarkan sehingga 40 peratus potongan harga ke atas tiket penerbangan ke destinasi terpilih, serta tawaran perjalanan yang luas, termasuk diskaun tambang untuk kanak-kanak, bagasi lebihan dan tempahan hotel.

Ia berkata dari 23 hingga 29 April, pelanggan boleh menikmati tambang dua hala, termasuk semua, bagi kelas ekonomi dari serendah RM259 ke Phnom Penh, dari RM299 ke Jakarta, dari RM699 ke Hong Kong atau Colombo dan dari serendah RM2,829 ke London.

“Tambang ini sah bagi perjalanan dari 25 April, 2018 hingga 31 Mac, 2019,” kata Malaysia Airlines dalam satu kenyataan hari ini.

Tambang termasuk semua bagi kelas ekonomi dari Kuala Lumpur, ditawarkan serendah RM99 ke Terengganu, dari RM139 ke Kuching, dari RM149 ke Miri dan dari RM189 ke Kota Kinabalu, sah bagi pejalanan dari 24 April, 2018 hingga 31 Mac, 2019.

Ia berkata maklumat mengenai tambang itu boleh diperoleh menerusi www.malaysiaairlines.com/traveldeals.

Malaysia Airlines juga menawarkan pelbagai tarikan menarik bagi mereka yang merancang untuk melakukan perjalanan solo atau bersama orang tersayang.

Eksklusif kepada pelanggan kelas perniagaan, tambang rakan istimewa disediakan untuk mereka yang berjalan berpasangan.

Syarikat penerbangan itu berkata menerusi tawaran itu pelanggan diberikan diskaun sehingga 50 peratus ke atas tambang udara bagi kanak-kanan, penjimatan 50 peratus ke atas penginapan hotel di Malaysia semasa menempah bilik menerusi Booking.com dan menikmati potongan 10 peratus ke atas belian awal bagi 10 kg bagasi lebihan selain pilihan tempat duduk. — Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here