Malaysia antara negara tandatangani CPTPP, penjenamaan semula TPPA

0
116
Advertisement

PERKONGSIAN Komprehensif dan Progresif Trans-Pasifik (CPTPP) adalah langkah ke hadapan perkongsian perdagangan dunia.

CPTPP adalah perjanjian perdagangan yang dijenamakan semula dari perjanjian asal yang dikenali sebagai Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).

Wakil-wakil dari tiga buah negara New Zealand, Kanada dan Chile yang menandatangani perjanjian perdagangan tersebut pada Khamis menyifatkan ia sebagai wajah baharu perdagangan dunia.

“Kami akan memberi isyarat jelas bahawa negara-negara di dalam kumpulan ini, yang mewakili lebih daripada 500 juta orang dan mewakili kira-kira 10 trilion dolar jumlah ekonomi mereka, menyokong pembukaan semula, menyokong perdagangan dan perdagangan antarabangsa masih hidup, berbanding dengan apa yang diperkatakan sesetengah pihak sebelum ini.” jelas Menteri Luar Chile Heraldo Munoz.

Munoz bersama Menteri Perdagangan New Zealand, David Parker dan Mneteri Perdagangan Kanada, Francois-Philippe Champagne menandatangani perjanjian itu di Santiago.

Turut menandatangani perjanjian CPTPP terbabit di Santiago adalah Australia, Brunei, Jepun, Malaysia, Mexico, Peru, Singapura dan Vietnam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here