Malaysia bukan 'penipu perdagangan' seperti didakwa Trump – Mustapa

0
20

KUALA LUMPUR: Malaysia bukan ‘penipu perdagangan’ seperti yang didakwa Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed menafikan tuduhan itu dengan menyatakan statistik perdagangan Malaysia merekodkan AS hanya mempunyai defisit perdagangan sebanyak AS$5 bilion dengan Malaysia.

“Sehingga kini, pentadbiran AS belum mengumumkan defisit perdagangan AS dan rakan dagangnya,” kata Mustapa melalui satu jawapan bertulis di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan William Leong Jee Ken (PKR-Selayang) berhubung langkah kerajaan untuk mempertahankan Malaysia daripada dakwaan tersebut.

Beberapa bulan lalu, Trump telah mendakwa Malaysia merupakan salah sebuah daripada 16 negara “penipu perdagangan”.

Negara-negara lain di rantau Asia Tenggara yang turut didakwa termasuk Indonesia, dan Thailand, Itali, Jepun, Malaysia, Mexico, Korea Selatan, Switzerland, Taiwan dan Vietnam.

Portal berita AFP pada Mac melaporkan Trump masih dalam proses untuk mengenal pasti sumber yang melaporkan negara Uncle Sam itu mempunyai defisit perniagan sejumlah AS$50 bilion.

AFP melaporkan Setiausaha Negara Wilbur Ross sebagai berkata pakar-pakar akan melaporkan kembali kepada Trump dalam tempoh 90 hari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here