Malaysia kutuk pelancaran peluru berpandu Korea Utara

0
16

KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk pelancaran peluru berpandu balistik oleh Korea Utara pada Selasa.

Kementerian Luar dalam kenyataan di sini semalam berkata, tindakan provokatif itu merupakan pencabulan jelas terhadap terhadap resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Menurut kementerian, tindakan Korea Utara itu juga sebagai tindak balas kepada latihan pertahanan bersama Amerika Syarikat dan Korea Selatan yang diadakan secara tahunan.

“Tindakan Korea Utara ini hanya akan mengeruhkan ketegangan yang semakin meningkat di Semenanjung Korea dan melengahkan usaha masyarakat antarabangsa mengurangkan ketegangan dan mencari keamanan di rantau itu,” kenyataan itu.

Sehubungan itu, Malaysia menyeru semua pihak supaya mengawal tindakan masing-masing serta menekankan kepentingan untuk mewujudkan keadaan yang kondusif bagi dialog.

Kementerian Luar menyatakan Malaysia juga menggesa Korea Utara supaya menghentikan sebarang pelancaran peluru berpandu, menghentikan program nuklear dan peluru berpandu balistik serta mematuhi sepenuhnya obligasi di bawah resolusi Majlis Keselamatan PBB yang berkaitan demi mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa.

Media melaporkan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dipetik sebagai berkata bahawa Korea Utara telah melancarkan peluru berpandu balistik pada Selasa dan ia memasuki daerah Tohuku di utara Jepun.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here