Malaysia masih jadi pilihan pelabur asing

0
68
Advertisement

KUALA LUMPUR: Pelabur luar memasuki Malaysia buat minggu kedua berturut-turut, dengan tahap tertinggi minggu lepas, kata MIDF Amanah Investment Bhd.

Ia berkata berdasarkan data awal daripada Bursa Malaysia, tidak termasuk tawaran pasaran, jumlah bersih yang diperoleh oleh pelabur asing di bursa minggu lepas berjumlah RM190.9 juta, peningkatan besar berbanding RM4.5 juta dibeli pada minggu sebelumnya hujung minggu yang panjang.

Belian asing ini berlaku pada tiga daripada lima hari dagangan minggu lepas, dengan Isnin mencatat aliran masuk harian tertinggi dalam tempoh 10 hari dagangan, dengan jumlah bersih RM164.3 juta, sekali gus menolak naik FBM KLCI sebanyak 1.04 peratus kepada 1,857 mata.

“Kami melihat pelabur asing memulakan hari dagangan pertama Tahun Anjing susulan Wall Street yang sudah pun mencatat peningkatan pada minggu sebelumnya,” kata MIDF dalam laporan aliran dana mingguannya hari ini.

Ia berkata pelabur asing juga terus membeli pada Selasa, namun pada kadar yang lebih stabil, sebanyak RM31.8 juta ketika tiada pemangkin baharu dalam pasaran susulan penutupan semalaman saham AS pada Isnin.

Kemerosotan Wall Street pada Rabu disebabkan minit mesyuarat Rizab Persekutuan AS bagi Januari yang menunjukkan perlunya kadar faedah dinaikkan, menyebabkan penurunan dalam pasaran Asia, termasuk Malaysia pada Khamis.

“Oleh itu, tidak mengejutkan pelabur asing menjual AS$30.8 juta bersih pada hari itu. Yang menariknya, penurunan 0.17 peratus FBM KLCI pada Khamis, tidak seteruk rakan-rakan lain di Asia Tenggara,” kata MIDF.

FBM KLCI pulih dan mengakhiri minggu ini pada 1,862 mata, disokong oleh pembelian asing berjumlah RM48.5 juta bersih.

“Kami mendapati sentimen meningkat pada Jumaat selepas saham Public Bank mencecah rekod tertinggi sebanyak RM22.90 berikutan prestasinya yang positif dalam tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2017, yang dikeluarkan sehari sebelumnya,” kata MIDF.

Setakat tahun ini, pelabur asing telah mengumpul bersih ekuiti tempatan sebanyak RM2.1 bilion, berbeza dengan RM1.3 bilion yang dibeli dalam tempoh yang sama pada 2017.

“Pelabur asing kekal aktif berdasarkan purata nilai dagangan harian (ADTV) melebihi RM1 bilion selama lapan minggu berturut-turut.

Sementara itu, ADTV runcit pulih, meningkat 53 peratus minggu ini kepada RM1 bilion berbanding RM663 juta sebelumnya,” kata MIDF.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here